3 penyair sertai Deklamasi Puisi ASEAN di KL

3 penyair sertai Deklamasi Puisi ASEAN di KL

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Sept – Tiga orang penyair tanah air, pagi tadi, telah berlepas ke Kuala Lumpur bagi menyertai Deklamasi Puisi ASEAN 2016 yang berlangsung pada petang hari ini di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Semasa acara itu, Haji Mohammad bin Rajab (Anjung Buana), Sosonjan A.Khan (Sutera Kalbu) dan Haji Moksin bin Haji Abdul Kadir (K.Manis) membuat persembahan bersama rakan-rakan penyair ASEAN dari Kemboja, Myanmar, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan negara tuan rumah Malaysia.

Acara berkenaan merupakan kesinambungan bagi Forum Penyair ASEAN yang pertama diadakan pada September 2015, yang bertujuan untuk menjalin hubungan budaya yang lebih erat dalam konteks kesusasteraan di antara penerima anugerah kebangsaan ASEAN dengan mewujudkan hubungan yang harmoni, pelbagai isu-isu dan perbezaan budaya dalam pemikiran dan pendapat yang boleh digabung dan disatukan dalam perpaduan serantau.

Sosonjan A.Khan dan Haji Moksin ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk berlepas ke Kuala Lumpur.
Sosonjan A.Khan dan Haji Moksin ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk berlepas ke Kuala Lumpur.

Dengan tema puisi ‘untuk diri atau masyarakat?’, acara berkenaan diadakan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) yang diberi penghormatan untuk menjadi ahli atau penganjur kepada DiverseCity 2016: Pesta Seni Antarabangsa Kuala Lumpur, bagi kali kedua, yang akan berlangsung sepanjang bulan September ini, dan deklamasi berkenaan adalah salah satu daripada acara berkenaan.

Antara lain tujuan DiverseCity 2016 adalah bagi menyemai rasa cinta terhadap sastera sebagai sesuatu yang meningkatkan kehidupan, meluaskan nilai seseorang ke tahap yang lebih tinggi dan sebagai komponen penting dalam memberikan nilai-nilai artistik dan kebudayaan di mata prejudis, dengan itu menggalakkan kepelbagaian.

ARTIKEL YANG SAMA