3 pilihan Redmi 4

3 pilihan Redmi 4

XIAOMI minggu lalu telah melancarkan telefon pintar terbarunya iaitu Redmi 4 pada satu acara di Beijing, di mana syarikat itu turut melancarkan Redmi 4A dan varian Redmi 4 Prime.

Xiaomi Redmi 4 dan Xiaomi Redmi 4 Prime mempunyai reka bentuk unibody metal, paparan kaca melengkung 2.5D, slot hibrid dua SIM, dan sensor cap jari pada panel belakang yang serupa.

Beberapa perbezaan besar antara kedua-dua telefon pintar berkenaan adalah daripada segi resolusi paparan, memori, pemproses dan storan dalaman.

Kedua-duanya menggunakan MIUI 8 berasaskan Android 6.0 Marshmallow dan akan terdapat dalam varian warna emas, kelabu dan perak.

Redmi 4 mempunyai paparan HD (720×1280 piksel) 5 inci dan dikuasakan dengan SoC Qualcomm Snapdragon 430 lapan teras berkelajuan 1.4GHz yang dipadankan dengan GPU Adreno 505 dan RAM 2GB.

Xiaomi Redmi 4A merupakan model paling asas berbanding Redmi 4 dan Redmi 4 Prime.
Xiaomi Redmi 4A merupakan model paling asas berbanding Redmi 4 dan Redmi 4 Prime.

Daripada segi kameranya, ia dilengkapi sensor belakang 13 megapiksel dengan apertur f/2.2 , sistem 5-lensa, PDAF dan denyaran dua LED, di samping kamera depan 5 megapiksel dengan apertur f/2.2.

Peranti ini didatangkan dengan storan dalaman 16GB yang boleh ditambah menerusi kad mikroSD (sehingga 128GB) dan pilihan sambungannya pula termasuk 4G LTE, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, Bluetooth v4.1 dan GPS/ A-GPS.

Ia disokong dengan bateri 4100mAh dengan sokongan pengecasan pantas.

Sensor-sensor pada peranti berukuran 141.3×69.6×8.9mm dan berat 156g ini termasuk akselerometer, cahaya ambien, giroskop, inframerah dan kedekatan.

Manakala itu, Redmi 4 Prime menonjolkan paparan HD-penuh (1080×1920 piksel) 5 inci dan dikuasakan dengan SoC Qualcomm Snapdragon lapan teras berkelajuan 2GHz yang dipadankan dengan GPU Adreno 506 dan RAM 3GB, serta dilengkapi storan dalaman 32GB yang juga boleh ditambah menerusi kad mikroSD (sehingga 128GB),

Peranti ini juga menawarkan sambungan Bluetooth v4.2, tetapi selain daripada ini, spesifikasi lain serupa dengan Redmi 4.

Sementara itu, Xiaomi Redmi 4A pula merupakan peranti yang paling asas di antara ketiga-tiganya dan tidak mempunyai sensor cap jari.

Ia menonjolkan slot kad hibrid dua SIM dan menggunakan MIUI 8 berasaskan Android 6.0 Marshmallow.

Spesifikasi lain termasuk paparan HD (720×1280 piksel) 5 inci dan dikuasakan dengan SoC Snapdragon 425 empat teras berkelajuan 1.4GHz yang dipadankan dengan GPU Adreno 308 dan RAM 2GB. Telefon pintar ini akan terdapat dalam varian warna emas dan merah jambu emas.

Daripada segi kameranya, Redmi 4A dilengkapi sensor belakang 13 megapiksel dengan PDAF, sistem 5-lensa dan apertur f/2.2, manakala itu, di depan terdapat sensor 5 megapiksel dengan apertur f/2.2.

Ia didatangkan dengan storan dalaman 16GB yang boleh ditambah menerusi kad mikro-SD (sehingga 128GB).

Pilihan sambungannya pula termasuk 4G LTE, Wi-Fi 802.11 b/g/n, GPS/ A-GPS, dan Bluetooth v4.1.

Sensor-sensor yang terdapat pada Redmi 4A termasuk akselerometer, cahaya ambien, giroskop, inframerah dan kedekatan.

Peranti yang berukuran 139.5×70.4×8.5mm dan berat 131.5 gram ini disokong dengan bateri 3120mAh yang juga menyokong pengecasan pantas.