3 produk kosm...

3 produk kosmetik didapati tercemar

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Feb – Tiga lagi produk kosmetik yang dijual di negara ini telah didapati dicemari dengan bahan terlarang yang tidak diisytiharkan hasil daripada ujian makmal Perkhidmatan Makmal Farmasi, Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan.

Produk-produk berkenaan adalah Moleek Skincare Anti Pigmentation Cream Beauty & Flawless (diedarkan oleh Sejagat Global Resources) dan produk SYL Stay Younger Lotion Special Medicated Facial Lotion Total Skincare Product with Anti-Ageing Property (Deskey General Merchandise, Filipina) yang mana kedua-dua produk ini dicemari dengan Hydroquinone dan Tretinoin serta produk Fantasy Skincare Formulasi terbaik dengan Estrak Minyak Argan, Estrak Bearberry, Estrak Betik – Krim Malam (D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd, Selangor) yang dicemari dengan Hydroquinone.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya menegaskan bahawa bahan-bahan pencemar dalam produk-produk berkenaan boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan.

terkini tercemar

 

ARTIKEL YANG SAMA