3 rakyat M’sia berdepan detik cemas di Haryana

3 rakyat M’sia berdepan detik cemas di Haryana

NEW DELHI, 22 Feb (Bernama) – Tiga rakyat Malaysia berdepan detik cemas ketika memandu melalui beberapa bandar di negeri Haryana yang menyaksikan 12 orang terbunuh dan 160 cedera dalam insiden protes selama sembilan hari oleh komuniti Jat.

J. Nagaraja, 41, pengurus kanan teknikal sebuah syarikat pembalakan di India, ibunya berumur 67 tahun yang melawat utara India buat pertama kalinya, dan seorang rakan sekerjanya tidak putus-putus berdoa sepanjang perjalanan sejauh 220km dari New Delhi ke Behror di Rajasthan pada Ahad lepas.

Mereka bergantung pada peta Google untuk mencari laluan alternatif dengan melalui kampung-kampung untuk sampai ke destinasi selepas enam jam perjalanan yang biasanya hanya mengambil masa dua jam, kata Nagaraja yang berasal dari Ipoh, Malaysia.

ARTIKEL YANG SAMA