3 sebatan, tidak miliki dokumen sah

3 sebatan, tidak miliki dokumen sah

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Sept – Seorang lelaki Bangladesh dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan memasuki dan tinggal di negara ini tanpa memiliki sebarang dokumen yang sah.

Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Awang Badaruddin memerintahkan hukuman ke atas Md Rana Abdul Manaf berusia 29 tahun berkuat kuasa hari ini.

pg06_151001_mahkamah logo2

Fakta kes menyebut, defendan pada 26 September 2015 kira-kira jam 2 petang telah melaporkan dirinya ke Unit Penguatkuasaan Imigresen untuk bertanyakan mengenai status imigresennya di Brunei Darussalam memandangkan pasportnya bersama ejen Bangladesh.

Defendan terus ditahan untuk siasatan lanjut apabila sistem pangkalan data imigresen menunjukkan tidak ada rekod yang menyatakan defendan memasuki negara ini.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Emily Goh.