3 selamat tiba di ISS

3 selamat tiba di ISS

MIAMI, 20 Nov – Kapal angkasa lepas Soyuz, Rusia tiba di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) semalam, dengan membawa seorang angkasawan Rusia, dan seorang angkasawan Amerika bagi misi enam bulan di pangkalan luar yang mengelilingi.

Kapal angkasa lepas itu berlabuh di ISS pada jam 4:58 petang, imej langsung televisyen agensi angkasa lepas AS menunjukkan.

Ketiga-tiga angkasawan itu, Thomas Pesquet warga Perancis, Oleg Novitsky, warga Rusia dan Peggy Whitson warga Amerika – telah berlepas dari Kosmodrom Baikonur di Kazakhstan pada Khamis lalu.

Pesquet, 38 tahun, seorang angkasawan baru yang juga pemain saksofon amatur, adalah warga Perancis pertama dihantar ke ISS oleh Agensi Angkasa Lepas Eropah sejak 2008.

Novitskiy, 45 tahun, seorang juruterbang Angkatan Tentera Udara Rusia dan juga veteran agensi angkasa lepasan Roscosmos, membuat perjalanan kedua ke ISS.

Imej yang diambil dari video yang disediakan oleh NASA menunjukkan angkasawan Peggy Whitson berada di dalam ISS pada Sabtu, 19 November. – AP
Imej yang diambil dari video yang disediakan oleh NASA menunjukkan angkasawan Peggy Whitson berada di dalam ISS pada Sabtu, 19 November. – AP

Whitson, 45 tahun seorang veteran berpengalaman yang juga pakar biokimia yang akan memecahkan rekod dengan misi angkasa lepas ini, termasuklah gelaran bagi paling lama di angkasa lepas oleh angkasawan AS.

Dia dijadualkan mengatasi angkasa lepas NASA Jeff Williams yang berada selama 534 hari pada 24 April.

Pada Februari, Whitson akan menjadi wanita pertama untuk mengawal stesen angkasa lepas buat kali kedua. Sebelum ini dia pernah mengawal stesen itu pada tahun 2007, apabila dia menjadi wanita pertama memegang jawatan ini, menurut NASA.

Ketibaan mereka bermakna kakitangan yang berada di pangkalan luar yang sedang mengelilingi bumi kembali kepada enam orang.

Angkasawan yang sudah pun berada di ISS adalah Andrei Borisenko dari Rusia dan Sergey Ryzhikov dan Shane Kimbrough dari Amerika.

Tetapi selepas perjalanan selama dua hari dalam kuarters yang sempit, tiga ketibaan baru tidak dibenarkan terus keluar menuju kapal angkasa lepas.

Pemeriksaan lebih dua jam setengah diperlukan untuk memastikan tutupan kedap udara antara stesen dan Soyuz.

Apabila geladak akhirnya dibuka pada pukul 7:40 malam kru kesemuanya tersenyum apabila mereka dalam keadaan terapung-apung memasuki stesen angkasa lepas – pertama sekali Novitskiy, kemudian Pesquet dan akhirnya Whitson – dan bertukar-tukar pelukan dengan rakan-rakan kru mereka.

“Melihat kamu, kami sangat bangga,” kata pentadbir NASA Charles Bolden, yang bercakap kepada kru dari Bumi.

Kapsul Soyuz Rusia menjadi satu-satunya laluan bagi angkasawan-angkasawan sejagat untuk sampai ke stesen angkasa lepas sejak program ulang-alik kapal angkasa lepas Amerika bersara pada tahun 2011.

Angkasawan-angkasawan telah membayar lebih AS$71 juta setiap tempat untuk mengikuti Soyuz, yang membawa tiga orang dalam satu masa. – AFP