3 Sufi Muslim cedera di Bangladesh

3 Sufi Muslim cedera di Bangladesh

DHAKA, 17 Julai – Sekumpulan lelaki bersenjatakan parang menyerang ahli sekta Sufi Muslim di barat Bangladesh, mencederakan tiga orang, kata polis hari ini, dalam siri serangan terbaru ke atas minoriti agama.

Kira-kira lapan lelaki membawa buluh dan parang, menyerang ahli Sufi ini pada malam semalam ketika mereka sedang tidur di sebuah kampung daerah sempadan Chuadanga.

“Tiga ahli kumpulan dipukul oleh penyerang. Mereka termasuklah seorang wanita berusia 50 tahun yang mengalami kecederaan teruk akibat senjata tajam,” kata ketua polis tempatan Humayun Kabir kepada AFP.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab bagi serangan, namun Bangladesh dihantui oleh gelombang pembunuhan sekular dan aktivis liberal serta minoriti agama oleh ekstremis yang disyaki.

Kabir mengatakan polis mengesyaki Muslim berhaluan kiri bagi itu memandangkan sekta itu mungkin mencetuskan kemarahan mereka kerana gaya hidup ‘tidak konvensional dan tidak bersosial mereka.’ –AFP

ARTIKEL YANG SAMA