3 suspek pecah rumah ditahan

3 suspek pecah rumah ditahan

KOTA KINABALU, 12 Ogos – Polis menyelesaikan empat kes pecah rumah di beberapa kawasan di sini berikutan penahanan tiga lelaki tempatan di sekitar sebuah pusat membeli-belah di bandar raya ini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Datuk Salehhudin Abdul Rahman berkata bertindak atas maklumat, semua suspek yang berusia 23 hingga 35 tahun itu ditahan susulan laporan kes pecah masuk sebuah premis di Tanjung Aru, dekat sini Sabtu lepas.

“Turut dirampas bersama suspek berkenaan adalah beberapa barangan termasuk lima komputer riba pelbagai jenama dan lima telefon bimbit yang dipercayai dicuri.

“Turut dirampas peralatan pecah rumah seperti kuku kambing, batang besi dan alat pemotong besi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Beliau berkata siasatan awal mendapati kesemua suspek adalah penganggur dan saringan air kencing mereka didapati positif dadah. – Bernama