3 suspek rompak van dibenarkan ikat jamin

3 suspek rompak van dibenarkan ikat jamin

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Julai – Tiga lelaki tempatan yang menghadapi pertuduhan merompak sebuah van yang membawa silinder gas dibebaskan dengan ikat jamin oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Hakim Dato Paduka Steven Chong membenarkan Pengiran Zamani bin Pengiran Metasan/Daud, Awangku Saiful Nizam bin Pengiran Metasan/Daud dan Mohd Azreey bin Haji Musa diikat jamin $10,000 atau dua orang penjamin tempatan, dan menetapkan 30 Julai untuk sebutan semula.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa merompak dengan menghadang van berkenaan dan mengarahkan pemandunya, Rajesh Seetharaman berusia 35 tahun untuk menyerahkan wang $44 dan telefon bimbit Samsung Galaxy S2.

Kejadian berlaku di Jalan 77, Kampung Perpindahan Lambak Kanan sekitar jam 9:30 pagi pada 8 Julai 2015.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Pengiran Suzana binti Pengiran Haji Abas.

p06-3_20150717

ARTIKEL YANG SAMA