3 syarikat pengangkutan bergabung

3 syarikat pengangkutan bergabung

CHINA, 25 Jun (AFP) – Tiga syarikat pengangkutan kargo terbesar China akan bergabung menjadi sebuah syarikat terbesar pengangkutan barang.

Tiga syarikat yang akan bergabung itu ialah Air China Cargo, China Cargo Airlines dan China Southern Cargo, Xinhua memberitahu baru-baru ini memetik dari Timbalan Pengarah Zhou Laizhen.

Bagaimanapun tidak diberitahu bila gabungan itu akan bermula.

Air China Cargo merupakan projek usaha sama pengangkutan di antara Air China Limited dan Cathay Pacific Airways Limited. Ia telah mendaftarkan nilai modal sebanyak 3.24 bilion yuan dan mempunyai lebih 4,200 pekerja, menurut laman webnya.

China Cargo pula ialah usaha sama di antara China Eastern dan China Ocean Shipping Company (COSCO).

Ia mempunyai nilai modal berdaftar sebanyak 950 juta yuan menurutnya laman webnya.

Manakala China Southern Cargo adalah sebahagian dari Penerbangan Selatan China.

ARTIKEL YANG SAMA