3 tentera Azerbaijan maut pertempuran Karabakh

3 tentera Azerbaijan maut pertempuran Karabakh

BAKU/YEREVAN, 4 April (AFP) – Azerbaijan berkata pasukan tentera Armenia telah membunuh tiga orang tenteranya hari ini, ketika pertempuran ke atas rantau yang dipertikaikan, Nagorny Karabakh berterusan bagi hari ketiga, di sebalik tekanan antarabangsa supaya menghentikan pertempuran.

Kementerian pertahanan Azeri berkata tiga orang tentera terbunuh apabila pasukan tentera Armenia membedil kedudukan mereka dengan menggunakan mortar dan pelancar bom tangan. “Sekiranya provokasi Armenia berterusan, kami akan melancarkan operasi besar-besaran di sepanjang keseluruhan barisan hadapan, dengan menggunakan semua jenis senjata,” jurucakap kementerian Vagif Dargahly memberitahu para pemberita.

Secara berasingan, para pemberontak, dalam satu kenyataan dari bandar mereka yang tidak diiktiraf, Stepanakert di Nagorny Karabakh berkata pasukan tentera Azeri ‘menggiatkan bedilan ke atas kedudukan tentera Karabakh pagi ini, dengan menggunakan mortar 152-milimeter, meriam pelancar roket dan kereta kebal.”

Anggota perkhidmatan Armenia, tentera pertahanan diri Nagorno-Karabakh melancarkan peluru meriam ke arah pasukan Azeri dari kedudukan mereka di bandar Martakert di rantau penaklukan Armenia, Azerbaijan di Nagorno Karabakh. - AFP
Anggota perkhidmatan Armenia, tentera pertahanan diri Nagorno-Karabakh melancarkan peluru meriam ke arah pasukan Azeri dari kedudukan mereka di bandar Martakert di rantau penaklukan Armenia, Azerbaijan di Nagorno Karabakh. – AFP