3 tentera direman disyaki dera junior

3 tentera direman disyaki dera junior

SIBU, 24 Ogos – Tiga anggota tentera dari sebuah kem tentera di sini ditahan reman kerana disyaki melakukan penderaan hingga menyebabkan kecederaan ke atas seorang anggota junior kira-kira 12:30 tengah hari Ahad lalu.

Kejadian ini terbongkar apabila mangsa berusia 20 tahun menceritakan kejadian tersebut kepada bapanya pada Isnin.

Selepas mendengar kejadian itu, bapa mangsa yang merupakan bekas tentera berusia 70 tahun berasal dari Rawang, Selangor bertindak membuat laporan polis.

Bekas tentera itu tiba di bandar ini untuk menziarahi anaknya semalam. Mangsa dikatakan dipukul dalam kejadian yang berlaku di berek bujang kem itu kerana gagal membekal makanan kepada ketiga-tiga seniornya. – Bernama