3 terbunuh, 7 cedera nahas pesawat di Alaska

3 terbunuh, 7 cedera nahas pesawat di Alaska

ANCHORAGE, Alaska, 16 Sept (AFP) – Tiga terbunuh manakala tujuh lagi cedera apabila sebuah pesawat terapung membawa jurupandu pemancing dan beberapa pelanggan mereka, terhempas berhampiran sebuah tasik di barat daya Alaska, hari ini.

Pihak berkuasa berkata, beberapa mangsa yang cedera dilaporkan kritikal. Ketua Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Alaska, Clint Johnson, berkata pesawat itu berlepas menuju ke sebuah lokasi memancing terpencil ketika terhempas di bandar kecil Iliamma, kira-kira 282 kilometer di barat daya.

Pesawat De Havilland DHC-3 milik penginapan memancing Iliamna dilaporkan terhempas di celah pokok berhampiran Tasik Eastwind, kira-kira 1.6 kilometer utara lliamna.

Polis Alaska mengatakan mangsa-mangsa yang terkorban itu berusia dalam lingkungan 69 hingga 80 tahun yang berasal dari California dan Pennsylvania.

Mayat mereka ditemui dan dihantar untuk bedah siasat oleh pasukan pemeriksa perubatan negeri.

ARTIKEL YANG SAMA