3 terbunuh dalam penembakan

3 terbunuh dalam penembakan

LONDON, 19 Julai – Tiga orang terbunuh hari ini dalam satu penembakan di timur England, termasuk penyerang yang disyaki, namun polis berkata tidak ada petunjuk ia berkaitan dengan pengganasan.

Polis Lincolnshire berkata mereka tidak mencari sesiapa berikutan ‘insiden senjata api’ berhampiran kolam renang dan kompleks sukan di bandar Spalding itu.

“Tiga orang terkorban, termasuk pesalah yang disyaki itu,” kata pasukan polis dalam satu kenyataan.

“Siasatan polis masih lagi diteruskan dan pada peringkat ini kami tidak mensyaki sesiapa yang berkaitan dengan insiden ini.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA