3 terbunuh helikopter terhempas

3 terbunuh helikopter terhempas

SEOUL, 15 Feb – Sebuah helikopter tentera Korea Selatan terhempas di sebuah ladang berhampiran pangkalan tentera hari ini, membunuh tiga anggota krew dan meninggalkan seorang cedera parah, lapor agensi berita Yonhap.

Helikopter tentera itu terhempas bersebelahan pangkalannya di timur laut wilayah Gangwon pada kira-kira pukul 10:10 pagi ketika mengadakan penerbangan ujian rutin, kata agensi, memetik polis dan pegawai bomba.

Kesemua empat anggota krew dikejarkan ke hospital berhampiran di mana tiga orang disahkan mati. Juruterbang berusia 50 tahun selamat tetapi berada dalam keadaan kritikal.

Gambar bangkai menunjukkan helikopter musnah sama sekali.

Punca nahas masih belum diketahui. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA