3 terkorban dalam insiden selfie di India

3 terkorban dalam insiden selfie di India

NEW DELHI, 10 Jan (dpa) – Seorang budak kolej terjatuh ke lautan bergelora ketika hendak mengambil gambar selfie di Mumbai dan seorang lelaki yang terjun ke dalam air untuk menyelamatkannya telah mati lemas, menurut polis hari ini.

Tarranum Ansari, 18, bersama dua rakan perempuannya yang lain sedang mengambil gambar selfie di telefon bimbit mereka di sebuah pantai berbatu-batan Bandra Bandstand kelmarin apabila ombak menghanyutkan mereka.

Sebaik mendengar jeritan meminta bantuan, warga tempatan, Ramesh Walunje yang berusia 38 tahun, telah terjun ke dalam laut dan berjaya menyelamatkan dua perempuan berkenaan dan kemudian cuba untuk menyelamatkan Tarranum.

“Namun kedua-duanya hilang dan telah mati lemas,” kata ketua polis kawasan itu, Anandrao Gadge menerusi telefon. “Operasi pencarian masih diteruskan hingga ke hari ini, namun sia-sia.”

Dalam insiden lain, seorang remaja maut ketika cuba mengambil gambar selfie terjatuh dari tembok batu di pelabuhan bandar utara Jammu pada Jumaat.

ARTIKEL YANG SAMA