3 termasuk remaja perempuan mati ditembak

3 termasuk remaja perempuan mati ditembak

BAITULMUQADDIS, 23 Nov (AFP) – Tiga orang Palestin termasuk seorang remaja perempuan terbunuh selepas menyerang penduduk Israel menggunakan pisau dan kereta dalam tiga kejadian berasingan di Tebing Barat, semalam.

Dalam satu kejadian, seorang wanita Israel parah ditikam lelaki Palestin sebelum penyerangnya ditembak mati tentera.Sebelum itu, budak perempuan Palestin berusia 16 tahun yang cuba menikam seorang rakyat Israel maut dilanggar peneroka Yahudi menggunakan kereta sebelum ditembak mati askar.

Tentera Israel berkata “Seorang awam dan tentera bertindak pantas menembak perempuan itu.”

Pasukan keselamatan berdiri di sebelah mangsa seorang gadis remaja Palestin yang ditembak mati selepas melakukan serangan tikaman. – AFP
Pasukan keselamatan berdiri di sebelah mangsa seorang gadis remaja Palestin yang ditembak mati selepas melakukan serangan tikaman. – AFP

Pasukan keselamatan Palestin mengesahkan remaja itu sebagai Asheraqat Qatanani, dari kem pelarian Askar berhampiran Nablus. Ayahnya, Taha Qatanani berkata, Asheraqat pergi ke sekolah seperti biasa pada paginya dan terkejut mendengar berita kematiannya.

“Memang saya terdengar perbualan dengan abangnya menyebut mahu menikam, namun kami tidak memandang serius. Jika itu mahu dilakukannya, dia berjaya melaksanakannya,” katanya.

Sementara itu, seorang lelaki Palestin yang memandu teksi cuba merempuh orang awam sebelum menyerang mereka menggunakan pisau, namun ditembak mati.