3 ‘The Incredible’ terbaru Dell

3 ‘The Incredible’ terbaru Dell

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Dell, pengeluar komputer terkemuka mengumumkan barisan terbaru peranti komprehensif iaitu siri Dell Inspiron, XPS dan Vostro yang bertemakan ‘The Incredible’, iaitu produk dengan portfolio yang dinaik taraf untuk memenuhi ciri-ciri generasi keenam pemprosesan berprestasi tinggi Generation Intel (Skylake).

Pengurus Negara & Perniagaan Pengguna Dell Singapura dan Malaysia, Jarebb Chua berkata, komputer peribadi terkini (PC) Dell juga menyokong platform baru Windows 10 bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pengkomputeran harian pelanggan.

“Dengan produk yang diperkenalkan ini, Dell terus membangunkan warisan peranti besar yang mudah digunakan, membolehkan pelanggan melakukan lebih banyak aktiviti dengan kehadiran teknologi canggih. Ia juga mencerminkan komitmen kami yang berterusan untuk segmen inovasi dan reka bentuk.

“Pemprosesan generasi keenam ini menyampaikan beberapa kemajuan ketara dalam industri pengkomputeran. Dari komputer meja untuk komputer peribadi dua dalam satu, ia membolehkan pengeluar untuk mencipta komputer riba nipis dengan reka bentuk ringan,” katanya.

Model Windows 10 PC Dell terbaru. - Agensi
Model Windows 10 PC Dell terbaru. – Agensi

Menurutnya, pengguna juga boleh mencipta pengalaman PC menakjubkan seperti log masuk ke komputer menggunakan imbasan muka sebagai kata laluan dan suara pula diaktifkan bertindak untuk menjadi pembantu peribadi.

Komputer ultra mudah alih XPS13 dan XPS 15 dibina untuk pengalaman yang paling berkesan, siri Inspiron direka untuk kesesuaian penggunaan pejabat dan rumah pejabat manakala siri Vostro dicipta khas untuk usahawan yang sentiasa sibuk dengan urusan perniagaan.

Ketiga-tiga model komputer riba terbaru Dell terbabit boleh didapati di semua pengedar sah pasaran domestik pada harga serendah RM2,299 hingga RM8,499.