3 wakil UBD sertai seminar di Sabah

3 wakil UBD sertai seminar di Sabah

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Julai – Tiga orang wakil Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah menyertai Seminar Penyelidikan Bahasa, Budaya dan Sastera Melayu Serantau 2016 yang berlangsung selama dua hari di Institut Penyelidikan Guru (IPG) Kampus Kent, Tuaran, Sabah.

Seminar tersebut merupakan anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sabah bersama IPG Kampus Kent yang telah bermula semalam hingga hari ini dengan membawa tema ‘Memartabatkan Bahasa, Budaya dan Sastera Melayu Serantau’.

Di seminar itu, wakil-wakil dari UBD yang terdiri daripada Dr. Maslin bin Jukin/Jukim, Awang Syahwal Nizam dan Awang Muhammad Nuriskandar turut membentangkan kertas kerja mereka.

Dr. Maslin telah membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Folklor Brunei: Cermin Diri’, Awang Syahwal Nizam pula membentangkan ‘Kearifan Lokal Masyarakat Melayu Brunei dalam Pantang Larang Kitani’ dan Awang Muhammad Nuriskandar dengan kertas kerjanya bertajuk ‘Memperkayakan, Memartabatkan serta Mengekalkan Melayu Islam Beraja melalui Seni Bina di Negara Brunei Darussalam’.

Tiga orang wakil daripada Universiti Brunei Darussalam yang menyertai Seminar Penyelidikan Bahasa, Budaya dan Sastera Melayu Serantau 2016.
Tiga orang wakil daripada Universiti Brunei Darussalam yang menyertai Seminar Penyelidikan Bahasa, Budaya dan Sastera Melayu Serantau 2016.

Antara objektif seminar ini adalah bagi memperkasa fungsi IPG Kent dan DBP Cawangan Sabah untuk merealisasikan aspirasi MBM Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memartabatkan bahasa, budaya, dan sastera Melayu dan memantapkan kemahiran menyelidik, membentang dan menulis artikel ilmiah.

Selain itu, seminar itu juga dapat berkongsi pengalaman dan dapatan kajian dalam bahasa, budaya, sastera dan pendidikan Bahasa Melayu melalui seminar di samping dapat menyebarluaskan penemuan amalan terbaik dan inovasi dalam bidang pendidikan bahasa, budaya dan sastera Melayu.

ARTIKEL YANG SAMA