3 warga asing dicekup

3 warga asing dicekup

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Ogos – Tiga warga asing, seorang daripadanya perempuan, telah dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen sah dalam Operasi CEKUP ke atas dua premis perniagaan di Mukim Gadong dan Mukim Berakas, kelmarin.

Dalam pemeriksaan yang melibatkan enam pegawai penguat kuasa itu, ketiga-tiga mereka dipercayai bekerja di premis perniagaan terbabit dan menyalahgunakan pas imigresen yang diberikan.

Setelah tapisan lanjut, pekerja perempuan berkenaan telah dibebaskan setelah pihak majikan membawa pasport mengandungi pas imigresen yang sah.

Dalam serbuan berasingan, seorang perempuan warga asing telah didapati menyalahgunakan visa lawatan dengan bekerja sendiri mengutip besi-besi buruk di kawasan Jalan Beribi untuk dijual.

Seorang perempuan warga asing didapati mengutip besi buruk untuk dijual.
Seorang perempuan warga asing didapati mengutip besi buruk untuk dijual.

Melalui intipan yang dibuat, perempuan terbabit menggunakan basikal dan memuatkan besi-besi tersebut ke dalam bekas guni.

Perempuan tersebut dibawa ke bahagian penguatkuasaan undang-undang manakala sebahagian besi buruk yang dikutip dibawa untuk dijadikan bahan bukti. Dalam melaksanakan aktiviti penguatkuasaan di negara ini, orang ramai diseru untuk memberikan maklumat berhubung pesalah imigresen dengan menghubungi Hotline JIPK di talian 8734888 dan 8753888.

Sebarang maklumat dan nama pemberi maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya.

ARTIKEL YANG SAMA