3 warga tempatan terima hukuman

3 warga tempatan terima hukuman

Oleh Rafidah Jumat

 

pg10_161013_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Okt – Tiga lelaki warga tempatan yang mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan curi, merosakkan harta benda dan menceroboh menerima nasib mereka apabila dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan ke atas Ridhwan bin Buang, 19, yang mengaku bersalah kerana mencuri, melakukan kerosakan harta benda dan menceroboh.

Budiman bin Nassar, 37 dan Irwan bin Haji Bangok, 42, pula masing-masing dijatuhi 12 bulan penjara atas pertuduhan mencuri.

Ketiga-tiga tertuduh mencuri satu alat penghawa dingin dari flat Perumahan Bomba di Kampung Terunjing antara Mei dan September 2016.

Ridhwan, dalam kejadian berasingan turut mencuri enam plat pendaftaran; dua kusyen kerusi; dua kerusi meja makan dan dua bangku, dan turut merosakkan tombol pintu serta menceroboh dengan niat untuk melakukan curi.

Dia melakukan kesalahan itu antara Mei dan September 2016 di flat yang sama.

Budiman juga berdepan kesalahan mencuri satu rangka pintu gelongsor dari flat yang sama sekitar Mei dan September 2016 dan menjualnya pada harga $3 dan hasilnya digunakan untuk perbelanjaannya.

Siasatan polis mendedahkan Ridhwan dan Budiman telah menjual alat penghawa dingin itu pada harga $10.

ARTIKEL YANG SAMA