3 warga Thai mengaku bersalah

3 warga Thai mengaku bersalah

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 April – Dua lelaki dan seorang wanita warga Thailand mengaku bersalah di Mahkamah Perantaraan di sini, hari ini, atas lima pertuduhan mengeksploitasi seorang remaja berusia 17 tahun juga warga Thailand, ke dalam aktiviti pelacuran.

Ketiga-tiga tertuduh yang namanya tidak dapat didedahkan untuk melindungi identiti mangsa telah melakukan kesalahan di bawah Perintah Pemerdagangan dan Penyeludupan Manusia.

pg06_160406_mahkamah logo2

Hakim Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli menetapkan 6 April untuk sebutan hukuman bagi ketiga-tiga tertuduh.

Pendakwaan dilakukan bersama Timbalan Pendakwa Raya Karen Tan dan Vuina Song.

ARTIKEL YANG SAMA