30 ahli Fitness Zone hadiri taklimat kesihatan pakaian sukan

30 ahli Fitness Zone hadiri taklimat kesihatan pakaian sukan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Nov – Seramai 30 ahli Fitness Zone dan orang ramai yang terdiri daripada golongan wanita, hari ini, telah menghadiri taklimat kesihatan mengenai pakaian dalam sukan untuk kaum wanita, yang diadakan sempena Hari Kanser Sedunia.

Taklimat yang disampaikan oleh Lili Yong dari Lilli Lingerie antara lain menyentuh mengenai pemakaian pakaian dalam sukan yang sesuai digunakan oleh wanita semasa bersukan.

Di samping itu, peserta taklimat juga berpeluang mengetahui dan melihat dengan lebih dekat lagi pakaian dalam sukan yang ditunjukkan oleh Lili semasa ceramah yang berlangsung di Fitness Zone, Serusop.

Lili Yong ketika menyampaikan taklimat kesihatan mengenai pemakaian pakaian dalam sukan.
Lili Yong ketika menyampaikan taklimat kesihatan mengenai pemakaian pakaian dalam sukan.
Antara ahli-ahli Fitness Zone yang hadir mendengar taklimat mengenai pemakaian pakaian sukan yang sesuai.
Antara ahli-ahli Fitness Zone yang hadir mendengar taklimat mengenai pemakaian pakaian sukan yang sesuai.

Manakala itu, dalam temu bual media dengan Penolong Eksekutif Fitness Zone, Shelley menjelaskan, taklimat kesihatan ini merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh All Women Club, Fitness Zone sebagai usaha memberi kesedaran dan pendidikan kepada kaum wanita terhadap penggunaan pakaian dalam sukan yang sesuai semasa bersukan.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu bahawa kelab berkenaan akan mengadakan yoga dan kempen membersihkan Pantai Rekreasi Hutan Simpan Berakas pada 14 November ini, dan orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyertai aktiviti tersebut dengan kemasukan adalah percuma.

ARTIKEL YANG SAMA