30 ahli PeSTAB berlepas ke Melaka

30 ahli PeSTAB berlepas ke Melaka

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mac – Rombongan seramai 30 orang ahli Penggiat Seni Tanah Air Brunei (PeSTAB) telah berlepas ke Melaka bagi mengadakan lawatan ke Persatuan Penulis Melaka (Penama) dan RTM Melaka.

Rombongan PeSTAB telah diketuai oleh Penasihat I PeSTAB, Pengiran Hajah Maskuin binti Pengiran Haji Mohammad, yang memberitahu bahawa lawatan itu bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli-ahli PeSTAB mengeratkan silaturahim dengan pihak Penama dan Penyiaran RTM Malaysia Melaka.

Menurutnya, kunjungan ini diharap dapat dijadikan sebagai wadah dalam menambahkan lagi pengalaman mahupun pengetahuan di antara kedua-dua pihak khususnya dalam bidang seni termasuklah yang berkisar tentang hal ehwal penyiaran semada berbentuk hiburan, pengajaran mahupun kebudayaan dan juga dalam bidang penulisan.

Sepanjang berada di Melaka sehingga 23 Mac ini, rombongan juga akan mengadakan lawatan ke Bandar Melaka yang penuh dengan sejarah.

Ahli PeSTAB yang mengikuti lawatan itu bergambar ramai sebelum berlepas.
Ahli PeSTAB yang mengikuti lawatan itu bergambar ramai sebelum berlepas.

ARTIKEL YANG SAMA