30 anak yatim terima sumbangan

30 anak yatim terima sumbangan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Menjelang bulan Ramadan Mubarak dan Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi, pelbagai pihak mengambil inisiatif untuk membantu anak-anak yatim di negara ini melalui derma dan sumbangan bantuan.

Ahli Jawatankuasa Takmir Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah turut memberi perhatian kepada anak-anak yatim ini melalui Majlis Penyampaian Derma Anak-anak Yatim bagi Kampung Kiulap, Kiarong dan Menglait yang berlangsung di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah hari ini.

Hadir menyampaikan sumbangan kepada 30 orang anak-anak yatim itu ialah Setiausaha Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Abdul Aziz bin Haji Akop.

Sumbangan merupakan kutipan tabung khas di masjid tersebut yang bermula pada Februari sehingga Mei, mengumpulkan sebanyak $14,610.35. Setiap seorang anak yatim menerima sejumlah $487 dan juga sumbangan derma daripada orang-orang perseorangan.

Haji Abdul Aziz menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim dari Kg Kiulap.
Haji Abdul Aziz menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim dari Kg Kiulap.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Kampung Kiulap, Haji Mohammad bin Haji Abu Bakar; Ketua Kampung Kiarong, Haji Omarsidi bin Haji Ahmad; Ketua Kampung Menglait, Haji Mohdar bin Haji Ahmad dan ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung.

Majlis diselajurkan dengan tahlil dan doa arwah serta doa selamat.

ARTIKEL YANG SAMA