30 anggota FARC diampunkan Columbia

30 anggota FARC diampunkan Columbia

BOGOTA, 23 Nov (AFP) – Kerajaan Colombia mengumumkan semalam ia akan mengampunkan 30 anggota FARC yang dipenjarakan dalam apa yang digelarnya langkah membina keyakinan tatkala ia meneruskan rundingan perdamaian dengan kumpulan gerila berhaluan kiri itu.

Namun tatkala pengampunan diumumkan, jurucakap Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia di Havana berkata banduan pemberontak sedang mengadakan mogok lapar di 20 buah penjara berhubung penganiayaan, kekurangan penjagaan kesihatan dan rungutan lain.

Ricardo Tellez, perunding FARC, berkata mogok lapar ‘yang ingin dilenyapkan oleh kerajaan’ telahpun dilancarkan selama 13 hari.

Beliau tidak menyebut mengenai pengampunan, dan adalah tidak jelas sama ada beliau sedar mengenai pengumuman yang dikeluarkan oleh pejabat Presiden Juan Manuel Santos di Bogota.

“Sebagai sebahagian daripada tanda membina keyakinan di antara kerajaan nasional dan FARC, kerajaan nasional telah memutuskan, berdasarkan pihak berkuasa perlembagaan dan perundangannya, untuk mengampunkan 30 gerila,” kata kenyataan presiden.

Ia berkata tidak ada mereka yang diampunkan dipenjara atas jenayah serius, dan menambah mereka akan dibantu dalam mencari pekerjaan dan menerima sokongan sosial sebaik sahaja mereka keluar daripada penjara.

Selain daripada pengampunan, kerajaan berkata kumpulan pekerja kesihatan akan memeriksa kesihatan 106 pemberontak FARC lain yang dipenjarakan, dan tapak penahanan khas sedang disediakan untuk banduan FARC lain dengan tujuan menyedia mereka untuk disepadu semula dengan kehidupan awam.

ARTIKEL YANG SAMA