30 belia masjid beramal

30 belia masjid beramal

Oleh Anwar Rosly

Gambar oleh Abdul Munem

 

KUALA BELAIT, 2 Julai – Gabungan belia dan beliawanis dari Masjid Zainab Lumut dan Masjid RPN Kampung Pandan, Belait, hari ini, telah mengadakan Kempen Amal Ramadan dengan membersihkan kawasan perkuburan Pusara An-Naim di Lumut serta empat kawasan perumahan di Kampung Lumut.

Rombongan seramai 30 belia ini merupakan peserta Program Minal Masjid Ilal Masjid (MMIM) yang bergabung dan membentuk sebuah pasukan untuk melakukan kerja-kerja berkebajikan sepanjang bulan Ramadan ini.

Menurut salah seorang penyelia dan peserta MMIM, Awang Ahmad Luqman bin Haji Mohammad, aktiviti kebajikan seperti ini diharap akan dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia agar lebih mensyukuri nikmat yang ada dan agar bersifat lebih pemedulian terhadap masyarakat yang lebih memerlukan.

“InsyaAllah pada masa akan datang akan diadakan ceramah mengenai kesedaran Ramadan yang akan berlangsung di Masjid RPN Kampung Pandan Kuala Belait dan bagi pihak semua peserta, Alhamdulillah aktiviti ini telah memberi kami peluang untuk mengikuti program yang setentunya dapat membantu memupuk kesedaran kepada masyarakat dan kami berasa terharu apabila dapat menggembirakan mereka yang kurang berkemampuan,” ujarnya.

Belia-belia masjid Kampung Pandan dan masjid Zainab bergambar ramai selepas membersihkan kubur.
Belia-belia masjid Kampung Pandan dan masjid Zainab bergambar ramai selepas membersihkan kubur.
Para beliawanis ketika melawat ke sebuah rumah di Kampung Lumut.
Para beliawanis ketika melawat ke sebuah rumah di Kampung Lumut.

Pada masa yang sama, rombongan belia daripada program tersebut juga sempat membuat lawatan dari rumah ke rumah di kawasan Kampung Lumut dan menghulurkan sumbangan derma kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

ARTIKEL YANG SAMA