30 belia tawan Bukit Patoi

30 belia tawan Bukit Patoi

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

TEMBURONG, 16 Sept – Bersempena dengan musim percutian persekolahan, sekumpulan belia yang terdiri daripada guru-guru, para pelajar dan ibu bapa yang terlibat dalam Kumpulan AMO Generation mengadakan aktiviti mendaki Bukit Patoi di sini, baru-baru ini.

Acara berkenaan dijayakan bersama Kumpulan Human Library yang terlibat dalam Human Library Project yang kini dalam program mengajar di Kampung Amo B, Temburong.

Antara tujuan Amo Generation mengadakan aktiviti mendaki itu adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim di antara Amo Generation selain antara usaha untuk menarik minat para ibu bapa dan belia-belia lain untuk mendekati ke arah cara hidup yang sihat.

Seramai 30 orang yang mengikuti aktiviti itu telah berjaya sampai ke puncak bukit yang mengambil masa kira-kira satu jam.

Gambar kenang-kenangan ketika berada di puncak Bukit Patoi.
Gambar kenang-kenangan ketika berada di puncak Bukit Patoi.

ARTIKEL YANG SAMA