30 bulan penjara akibat mencuri

30 bulan penjara akibat mencuri

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160801_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Julai – Tiga lelaki tempatan, masing-masing dijatuhi 30 bulan penjara dan dua kali sebatan oleh Mahkamah Perantaraan di sini, semalam, selepas mensabitkan mereka atas pertuduhan mencuri pada 2014.

Harisin bin Haji Raub, 35, Mohammad Hardi bin Hamidon, 32, dan Muhammad Suhaimi bin Muhammad, 24, didapati bersalah selepas perbicaraan kerana memecah masuk sebuah rumah di RPN Kampung Pandan pada 21 Jun 2014.

Hakim Pengiran Hajah Hanani binti Pengiran Haji Metussain memerintahkan hukuman ke atas Harisin berkuat kuasa 21 Julai 2016, manakala hukuman terhadap Mohammad Hardi akan bermula pada 15 November 2016 iaitu sebaik sahaja dia selesai menjalani penjara setahun, dan hukuman ke atas Muhammad Suhaimi akan berkuat kuasa pada 25 Ogos 2016 selepas menjalani 10 bulan penjara.

Mohammad Hardi dan Muhammad Suhaimi sebelum ini sedang menjalani hukuman penjara, masing-masing atas kesalahan mencuri yang dilakukan pada 2015.

ARTIKEL YANG SAMA