30 disyaki militan IS ditahan

30 disyaki militan IS ditahan

ISTANBUL, 27 Okt (Reuters) – Polis Turki menahan kira-kira 30 orang dalam serbuan hari ini terhadap suspek yang disyaki adalah kumpulan militan Negara Islam di tengah bandar Konya, Dogan News Agency melaporkan.

Serbuan itu dilakukan sehari selepas polis melancarkan satu siri operasi terhadap kumpulan Negara Islam, termasuk satu serbuan ke atas sebahagian kediaman di bandar tenggara Diyarbakir. Tujuh militan terbunuh dan 12 lagi telah ditangkap dalam operasi itu.

Isnin lalu, dua anggota polis dan tujuh suspek IS terbunuh dalam pertempuran di bandar majoriti Kurdis Diyarbakir di tenggara negara ini.

Peta menunjukkan lokasi Konya dan Diyarbakir yang menjadi tumpuan serbuan polis dalam operasi mencari suspek yang disyaki sertai IS di Turki. – AFP
Peta menunjukkan lokasi Konya dan Diyarbakir yang menjadi tumpuan serbuan polis dalam operasi mencari suspek yang disyaki sertai IS di Turki. – AFP

Pihak berkuasa Turki telah melanjutkan operasi penangkapan suspek yang disyaki merupakan kumpulan Negara Islam selepas pengeboman berani mati dua kali di Ankara yang membunuh lebih daripada 100 orang, serangan terburuk seumpamanya dalam sejarah moden Turki, yang telah dikaitkan dengan penglibatan kumpulan militan.

Minggu lalu, Presiden Tayyip Erdogan berkata dalang belakang daripada serangan ke atas perhimpunan aktivis pro-Kurdish dan kumpulan sivik juga melibatkan perisikan Syria dan militan Kurdish, selain kumpulan Negara Islam.

ARTIKEL YANG SAMA