30 guru sertai kursus pengakap

30 guru sertai kursus pengakap

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Feb – Seramai 30 orang Pemimpin Pengakap dan Penolong Pemimpin Pengakap yang baru dilantik telah menjalani Kursus Latihan Permulaan di Bangunan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD), Jalan Gadong, hari ini.

Kursus anjuran Pasukan Latihan Pengakap Kebangsaan, PPNBD itu bermatlamat bagi membantu dan melatih pemimpin dan penolong pemimpin pasukan pengakap yang terdiri daripada guru-guru yang dilantik oleh pengetua dan guru besar di sekolah menengah dan sekolah rendah serta institut pengajian tinggi swasta dalam memudahkan mereka menguruskan pentadbiran dan kegiatan pasukan pengakap masing-masing.

Ia juga adalah untuk memastikan para pemimpin baru itu mempunyai ilmu pengetahuan asas dan kemahiran pengakap yang terkini.

Pemimpin dan penolong pemimpin pengakap menyertai sesi latihan asas pengakap semasa kursus berkenaan.
Pemimpin dan penolong pemimpin pengakap menyertai sesi latihan asas pengakap semasa kursus berkenaan.

Kursus yang dikendalikan oleh Pesuruhjaya Latihan, Awang Junaidi bin Haji Hussin; Setiausaha Pasukan Latihan Pengakap Kebangsaan/Pegawai Eksekutif Pengakap, Awang Zainudin bin Haji Ishak; Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Pengakap Tunas, Hajah Noraini binti Haji Saidi dan Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Perempuan itu mengandungi tiga sesi latihan asas yang perlu dihadiri oleh para pemimpin dan penolong pemimpin pengakap sebelum mereka mengikuti Kursus Penerangan Am yang diadakan pada 6 Mac nanti.

ARTIKEL YANG SAMA