30 ikuti Kursus Risiko Kecairan

30 ikuti Kursus Risiko Kecairan

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Sept – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan dan Latihan Bank-bank Pusat Asia Tenggara (SEACEN) dan Bank Pembangunan Asia (ADB) melalui Program Kerjasama Perkembangan ASEAN-Australia telah menganjurkan Kursus Risiko Kecairan (Liquidity Risk) yang bermula hari ini hingga 29 September di The Centrepoint Hotel, Gadong.

Perasmian kursus disempurnakan oleh Penolong Pengarah Urusan AMBD, Haji Adi Marhain bin Haji Leman.

Menurut kenyataan AMDB, kursus ini memfokuskan kepada tatacara untuk mengenal pasti, mengukur dan memantau risiko kecairan, serta penilaian urusan risiko, selaras dengan Basel Committee’s Principles (BCPs), iaitu untuk mentadbir dan mengurus risiko kecairan dengan kukuh.

Kursus yang dianjurkan khusus bagi bank pusat/autoriti monetari Negara Brunei Darussalam, Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam itu dihadiri oleh lebih dari 30 orang pegawai, termasuk pegawai-pegawai dari AMBD.

Program Kerjasama ASEAN-Australia ini merupakan kerjasama jangka panjang di antara Australia dan ASEAN dalam usaha ke arah Komuniti Ekonomi ASEAN dan Wawasan Pasca-2015, dan bertujuan bagi membantu meningkatkan kemajuan komuniti ekonomi ASEAN, kapasiti Sekretariat ASEAN (ASEC), dan kerjasama di antara ASEAN dan Australia.

Para peserta Kursus Risiko Kecairan bergambar ramai bersama tetamu kehormat.
Para peserta Kursus Risiko Kecairan bergambar ramai bersama tetamu kehormat.

ARTIKEL YANG SAMA