30 jemaah masjid Sengkurong dirai

30 jemaah masjid Sengkurong dirai

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mei – Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Sultan Sharif Ali Sengkurong, baru-baru ini, telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran tahunan bagi menyemarakkan acara keagamaan di masjid itu.

Kira-kira 30 jemaah masjid dengan bimbingan Haji Razali bin Haji Mahal telah terlibat dan menjayakan majlis berkenaan selepas sembahyang fardu Subuh berjemaah.

Menurut kenyataan jawatankuasa takmir masjid berkenaan, majlis Tadarus Al-Quran itu telah bermula sejak awal tahun 2000 lagi dan sehingga kini amalan membaca Al-Quran (sehari satu juzuk) diteruskan setiap hari selepas menunaikan solat Fardu Subuh berjemaah.

“Alhamdulillahlah pada tahun 2015 ini, Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Sultan Sharif Ali Sengkurong telah khatam Al-Quran sebanyak lima kali,” ujar wakil jawatankuasa berkenaan.

Majlis Khatam Al-Quran meraikan jemaah masjid berkenaan.
Majlis Khatam Al-Quran meraikan jemaah masjid berkenaan.

pg10_150525_d

Antara tujuan majlis itu adalah untuk merealisasikan hasrat untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir dan membiasakan jemaah masjid dengan membaca Al-Quran sebelum memulakan tugas harian.

Ia juga menjadi platform mengimarahkan masjid dengan laungan Al-Quran dan mengharapkan ganjaran pahala daripada Allah SWT.

Wakil jawatankuasa takmir berkenaan turut menyatakan harapan supaya majlis Tadarus Al-Quran setiap selesai solat fardu subuh berjemaah ini akan menjadi contoh yang baik pada masjid-masjid lain di negara ini.

ARTIKEL YANG SAMA