30 jurupandu arah gunung bersiap sedia jalankan operasi menyelamat

30 jurupandu arah gunung bersiap sedia jalankan operasi menyelamat

KUNDASANG, 5 Jun (Bernama) – Tiga puluh jurupandu arah gunung bersiap sedia untuk menyelamat pendaki yang terkandas di Gunung Kinabalu berikutan gempa bumi yang menggegarkan Sabah hari ini.

Jurupandu arah gunung Mohd Asli Supilin berkata mereka kini sedang menunggu kebenaran daripada pihak pengurusan Taman Negara Kinabalu sebelum mendaki gunung setinggi 4,095.2m itu.

“Kami (30 jurupandu arah gunung) akan melaksanakan operasi menyelamat jika terdapat pendaki atau kakitangan taman yang terkandas,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Taman Negara Kinabalu di sini hari ini.

Mohd Asli, selain sebagai jurupandu arah kepada pendaki, beliau juga dilatih untuk menghadapi sebarang kecemasan.

Sementara itu, sumber daripada Taman Negara Kinabalu berkata terdapat 138 pendaki terkandas di gunung itu susulan tragedi gempa bumi tersebut.

 

Sebahagian daripada 30 malim Gunung Kinabalu menyertai misi menyelamat pendaki-pendaki yang terkandas di puncak gunung tertinggi Asia Tenggara itu di sini akibat gempa bumi di Sabah pagi tadi. - Bernama
Sebahagian daripada 30 malim Gunung Kinabalu menyertai misi menyelamat pendaki-pendaki yang terkandas di puncak gunung tertinggi Asia Tenggara itu di sini akibat gempa bumi di Sabah pagi tadi. – Bernama