‘30 juta pound Sterling’

‘30 juta pound Sterling’

MANCHESTER, 7 Jun (Agensi) – Manchester City dilaporkan membuat bidaan bernilai 30 juta pound ke atas pemain sayap lincah Liverpool, Raheem Sterling semalam.

Difahamkan, City membuat tawaran tersebut secara lisan kepada The Reds dan berjanji untuk melakukan susulan rasmi kepada bintang England tersebut.

Menerusi bidaan itu, The Citizens menawarkan 25 juta pound termasuk 5 juta pound lagi sebagai syarat tambahan untuk membuka rundingan mendapatkan pemain berusia 20 tahun itu.

City dikatakan menjadi pilihan utama Sterling menjelang musim depan, namun kelab mewah England tersebut bakal bersaing hebat dengan Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Real Madrid yang turut memantau perkembangan pemain itu.

Bagaimanapun, The Citizens akan menjadi pasukan pertama menawarkan rundingan rasmi kepada Sterling dan pada masa sama menguji kesediaan Liverpool mengekalkan pemain yang menjadi aset paling berharga skuad tersebut.

Raheem Sterling bersaing dengan pertahanan Republik Ireland Seamus Coleman (kiri) dalam aksi persahabatan antarabangsa di Aviva Stadium Dublin petang tadi. – AFP
Raheem Sterling bersaing dengan pertahanan Republik Ireland Seamus Coleman (kiri) dalam aksi persahabatan antarabangsa di Aviva Stadium Dublin petang tadi. – AFP

Sebelum ini, Sterling mencetuskan kontroversi selepas enggan menanda-tangani kontrak lanjutan bersama The Reds yang menyaksikan penurunan bayaran gaji mingguan sebanyak 90,000 pound.

Liverpool pada ketika ini harus memilih sama ada ingin melepaskan Sterling atau sebaliknya, namun bidaan tinggi yang ditawarkan City sudah pasti memberi tekanan kepada The Reds.

Dalam perkembangan sama, Liverpool dijangka meminta lebih daripada 30 juta pound walaupun Sterling ingin meninggalkan Anfield dan ia mencerahkan peluang The Citizens mendapatkan pemain muda itu.

ARTIKEL YANG SAMA