30 kanak-kanak sertai peraduan mewarna

30 kanak-kanak sertai peraduan mewarna

Oleh Salawati Haji Yahya & Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Nov – Seramai 30 orang kanak-kanak yang berumur antara lima hingga 12 tahun telah menyertai peraduan mewarna sempena Festival Vendeur Brunei yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa pada hari terakhir, hari ini.

Dua kategori telah dipertandingkan iaitu bagi peserta yang berumur lima hingga lapan tahun dan peserta yang berumur sembilan hingga 12 tahun.

Penyertaan bagi pertandingan anjuran Zack Hardie Management Services. ini dibukakan secara percuma, di mana peserta juga berpeluang mendapatkan aiskrim percuma.

Hadiah-hadiah kemenangan berupa produk Smiggle ditaja oleh Zarkkasyi Event Management dan HIVE Enterprise.

Antara yang menyertai peraduan berkenaan.
Antara yang menyertai peraduan berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA