30 kaunselor ikuti bengkel motivasi

30 kaunselor ikuti bengkel motivasi

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mac – Lebih 30 orang kaunselor dari sekolah-sekolah kerajaan, baru-baru ini, telah mengikuti Bengkel ‘Super Student – Extraordinary You’ yang berlangsung selama dua hari di Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar.

Bengkel motivasi dan persediaan menghadapi peperiksaan khusus bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan ‘O’ Level ini merupakan salah satu program akademik yang dijadikan sebagai aktiviti/ perisian bagi program akademik dan merupakan kali keempat diadakan oleh kaunselor dengan kerjasama Unit Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-sekolah yang melibatkan kaunselor-kaunselor dari sekolah-sekolah kerajaan.

Ia bertujuan untuk memberi manfaat dan membantu para pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan itu nanti.Matlamat bengkel pula adalah bagi memberikan semangat dan motivasi kepada para pelajar untuk belajar dengan lebih berkesan serta mendedahkan para pelajar dengan perkara-perkara yang menjadi keutamaan mereka pada tahun ini.

Kaunselor-kaunselor yang terlibat dan para pelajar yang ikut serta mengikuti bengkel ‘Super Student - Extraordinary You’ di Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar.
Kaunselor-kaunselor yang terlibat dan para pelajar yang ikut serta mengikuti bengkel ‘Super Student – Extraordinary You’ di Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar.

Dengan adanya bengkel ini, ia diharap akan dapat menyingkirkan pemikiran negatif para pelajar serta memberikan kesan positif ke atas mereka dengan membantu proses pembelajaran ke arah yang lebih cemerlang dan berjaya.

Antara perisian bengkel yang dijalankan sehingga 5 Mac ini termasuk bengkel motivasi pelajar, bengkel kemahiran belajar seperti ‘The Power of Mind’ dan pengurusan masa serta diikuti dengan satu penerangan mengenai rahsia kejayaan dalam peperiksaan ‘O’ Level.

ARTIKEL YANG SAMA