30 keluarga menerima bantuan LLRC

30 keluarga menerima bantuan LLRC

Oleh Hajah Saemah Kepli & Mohamad Asyramisyanie

 

SERIA, 26 Jun – Seramai tiga puluh buah keluarga yang kurang berkemampuan dari Mukim Liang telah menerima sumbangan melalui program amal yang dinamakan LLRC Al-Musahhalat Al-Tabarru yang diadakan hari ini.

Terdahulu, majlis pelancaran bagi program amal tersebut telah berlangsung di Dewan Kelab Rekreasi Liang Lumut (LLRC) dan hadir selaku tetamu kehormat seterusnya menyempurnakan pelancarannya ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara yang juga Ketua Kampung Lumut 1, Yang Berhormat Haji Mohd Shafiee bin Ahamd.

Pada majlis tersebut, tetamu kehormat telah menyerahkan mok sumbangan kepada Pengurus Am LLRC, Dayangku Roslina binti Pengiran Abdul Razak dan Presiden Kumpulan Sokongan Bantuan Kemanusiaan, Awang Rozan bin Haji Kaderi dan sumbangan kemudiannya diserahkan kepada penerima dengan mengunjungi ke rumah-rumah mereka di sini.

Tetamu kehormat telah menyerahkan mok sumbangan kepada Pengurus Am LLRC.
Tetamu kehormat telah menyerahkan mok sumbangan kepada Pengurus Am LLRC.
Sumbangan melalui Program Amal LLRC Al-Musahhalat Al-Tabarru kepada keluarga yang memerlukan di Mukim Liang.
Sumbangan melalui Program Amal LLRC Al-Musahhalat Al-Tabarru kepada keluarga yang memerlukan di Mukim Liang.

Program kerjasama antara dan Kumpulan Sokongan Bantuan Kemanusiaan KatakIjau telah berjaya mengumpulkan sejumlah 98 guni beras wangi, 14 guni beras siam, di samping makanan lainnya serta lebih tiga puluh jenis keperluan rumah diserahkan kepada keluarga yang dikenalpasti memerluan bantuan.

Program amal ini antara lain bertujuan untuk membukakan peluang kepada ramai untuk menyumbang kepada masyarakat yang memerlukan di kawasan Mukim Liang dan juga sebagai salah satu aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihak penganjur.

ARTIKEL YANG SAMA