30 keluarga terima sumbangan

30 keluarga terima sumbangan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Okt – Sebanyak 30 buah keluarga daif di Daerah Brunei dan Muara, hari ini, telah menerima sumbangan Jabatan Belia dan Sukan, Cawangan Daerah Brunei dan Muara dan Pusat Belia Bandar Seri Begawan melalui Program Ukhwah Aidiladha Belia.

Sumbangan yang dihulurkan adalah berupa makanan yang telah dimasakan secara bergotong-royong para sukarelawan di Pusat Belia, hari ini.

Hadir bagi melancarkan program berkenaan ialah Pemangku Timbalan Pengarah Belia dan Sukan, Pengiran Anak Mohd Sofian bin Pengiran Anak Haji Ibrahim.

Pemangku Penyelia Pusat Belia, Haji Mohd Som bin Haji Aji semasa ditemui menjelaskan bahawa program berkenaan merupakan kesinambungan daripada Projek Jalinan Kasih Ramadan yang lalu.

“Antara yang terlibat dalam projek ini ialah seramai 15 orang sukarelawan belia di bawah Pusat Belia sendiri, pegawai dan kakitangan Pusat Belia dan agensi yang terlibat, kelab Pacuan Empat Roda Jabatan Belia dan Sukan.”

Salah seorang penerima Dayang Sinun binti Muhammad semasa menerima sumbangan.
Salah seorang penerima Dayang Sinun binti Muhammad semasa menerima sumbangan.
Keadaan rumah salah seorang penerima.
Keadaan rumah salah seorang penerima.

Menurut beliau lagi, senarai nama penerima berkenaan telah diperoleh melalui Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) dan juga Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).

Ia bertujuan untuk mendedahkan para belia akan kepentingan berkhidmat kepada komuniti serta mendekatkan diri kepada masyarakat terutamanya bagi keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan.

Di samping itu, ia turut memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong, bantu-membantu sesama masyarakat dan sama-sama berganding bahu dalam memeduli keluarga-keluarga yang tidak berkemampuan.

Program ini diharap akan dapat menampilkan para belia cemerlang dari segi khidmat masyarakat.

Salah seorang penerima, Dayang Sinun binti Muhammad, semasa ditemui media melahirkan perasaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan terhadap sumbangan yang telah diberikan daripada pihak Jabatan Belia dan Sukan dan juga Pusat Belia.

ARTIKEL YANG SAMA