30 maut serangan bertubi jet Rusia

30 maut serangan bertubi jet Rusia

AMMAN, 30 Nov (Agensi) – Serangan udara dipercayai dilancarkan jet pejuang Rusia mengorbankan sekurang-kurangnya 30 penduduk di pekan Ariha di barat laut Syria.

Dalam serangan berasingan berdekatan dengan sempadan Turki, jet pejuang dipercayai milik Rusia turut membedil sebuah depoh trak menyebabkan 10 trak musnah manakala lima terbunuh.

Reaksi Kementerian Pertahanan Rusia mengenai serangan udara itu bagaimanapun tidak dapat diperoleh.

Menurut puak pemberontak Syria yang bersempadan dengan Turki, serangan udara berterusan sepanjang hari itu dilancarkan sejak kejadian pesawat pejuang Rusia ditembak jatuh di sempadan Turki, minggu lalu.

Keadaan bangunan yang musnah akibat serangan udara yang dipercayai dilancarkan jet pejuang Rusia di pekan Ariha. – Reuters
Keadaan bangunan yang musnah akibat serangan udara yang dipercayai dilancarkan jet pejuang Rusia di pekan Ariha. – Reuters

Serangan udara di Ariha dalam Wilayah Idlib itu menyebabkan 12 maut dan memusnah sebuah pasar, demikian menurut anggota pasukan penyelamat, Mohamed Queissi.

Anggota Pertahanan Awam yang beroperasi di kawasan pemberontak berkata, mayat 31 orang sudah dikenal pasti dengan 12 lagi masih dalam proses pengecaman.