30 maut, serangan militan Boko Haram

30 maut, serangan militan Boko Haram

KANO, 14 Feb – Sekurang-kurangnya 30 maut dalam serbuan kumpulan militan Boko Haram di dua perkampungan di timur laut Nigeria.

Kumpulan bersenjata yang menggunakan motosikal dan van itu menggempur perkampungan terpencil Yakhari dan Kachifa pada kelmarin dan Jumaat, demikian menurut penduduk, Mistapha Karimbe.

“Penyerang membunuh 30 penduduk dalam dua serangan berasingan di dua perkampungan pada malam Jumaat dan malam Sabtu,” kata Karimbe.

Penyerang turut merampas barangan penduduk serta melarikan ternakan lembu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA