30 murid SU Binturan khatam Al-Quran

30 murid SU Binturan khatam Al-Quran

Oleh HM Yusof

 

TUTONG, 2 Okt – Sekolah Ugama Binturan, Penanjong Garison, Tutong, semalam telah meng-adakan Majlis Khatam Al-Quran bagi seramai 30 orang murid Darjah 6 sekolah berkenaan, yang terdiri daripada 16 orang lelaki dan 14 orang perempuan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pegawai Pemerintah Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei, Penanjong Garison, Leftenan Kolonel Pengiran Mohamed Sufri bin Pengiran Haji Rosli dan isteri.

Majlis ini merupakan sebahagian daripada projek tahunan Jabatan Pengajian Islam yang dikendalikan oleh sekolah-sekolah agama di seluruh negara.

Majlis Khatam Al-Quran itu antara lain bertujuan memberi dorongan dan galakan kepada murid-murid di sekolah untuk terus berusaha mempelajari serta menghayati Al-Quran sehingga mereka khatam 30 juzuk Al-Quran sebelum menamatkan persekolahan agama.

Selain itu, ia juga diharap dapat mengeratkan silaturahim antara pihak sekolah dan ibu bapa murid.

Leftenan Kolonel Pengiran Mohamed Sufri menepung tawar salah seorang murid yang khatam Al-Quran.
Leftenan Kolonel Pengiran Mohamed Sufri menepung tawar salah seorang murid yang khatam Al-Quran.

ARTIKEL YANG SAMA