30 murid SU Penanjong khatam Al-Quran

30 murid SU Penanjong khatam Al-Quran

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

TUTONG, 4 Oktober – Hampir 30 orang murid Sekolah Ugama (SU) Penanjong, Tutong I, telah diraikan pada Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan, kelmarin.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pembantu Pegawai Pengajian Islam, Daerah Tutong, Jabatan Pengajian Islam, Awang Harris Hamdillah bin Haji Masri. Turut hadir ialah guru-guru agama dan ibu bapa serta para penjaga murid-murid yang diraikan.

Majlis ini bertujuan untuk menggalakkan murid-murid agar sentiasa mengamalkan pembacaan Al-Quran dengan betul dan lancar.

Selain itu, ia juga bagi memastikan murid-murid Darjah 6 dapat mengkhatamkan bacaan Al-Quran sebelum mereka meninggalkan atau menamatkan pembelajaran di sekolah agama.

Bergambar ramai bersama para peserta khatam.
Bergambar ramai bersama para peserta khatam.

ARTIKEL YANG SAMA