30 pain darah berjaya dikumpulkan

30 pain darah berjaya dikumpulkan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 22 Mei – Sejumlah 30 pain darah berjaya dikumpulkan melalui Kempen Derma Darah anjuran Persatuan Kwong Wai Siew yang diadakan di bangunan persatuan tersebut di sini, hari ini.

Kempen tersebut dikendalikan dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait dan telah diadakan selama kira-kira empat jam bermula pukul 9 pagi hingga 1:30 petang.

Pengerusi Persatuan Kwong Wai Siew, Awang Koo Kong Loi memberitahu, kempen tersebut merupakan kali ketiga mereka anjurkan bersama-sama dengan lima persatuan Cina lainnya di Daerah Belait.

Kempen Derma Darah anjuran Persatuan Kwong Wai Siew, diberikan kerjasama oleh empat persatuan Cina lainnya di Daerah Belait.
Kempen Derma Darah anjuran Persatuan Kwong Wai Siew, diberikan kerjasama oleh empat persatuan Cina lainnya di Daerah Belait.

Katanya, kali ini ia dikendalikan oleh Persatuan Kwong Wai Siew dengan dibantu sama oleh Persatuan Hainan, Persatuan Foo Chow, Persatuan Tai Poo dan Persatuan Zhong Zhin Hakka Union.

Beliau memberitahu, sambutan daripada kalangan ahli-ahli persatuan berkenaan, dan juga orang ramai amat menggalakkan setiap kali mereka mengadakan kempen derma darah. Ia akan terus diadakan demi memberikan kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya membantu mengisikan tabung darah bagi keperluan pesakit-pesakit di hospital, tambahnya lagi.

ARTIKEL YANG SAMA