30 PATI diberkas dalam Op Bersepadu di Kota Kinabalu

30 PATI diberkas dalam Op Bersepadu di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU, 22 Julai – Seramai 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Op Bersepadu di tiga kawasan pembinaan di sekitar Kota Kinabalu hari ini.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada 92 individu yang diperiksa dalam operasi enam jam yang bermula pada pukul 8.30 pagi itu dan disertai enam agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara.

“Kesemua PATI itu berumur antara 20 hingga 51 tahun dan ditahan mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen,” kata Chandra dalam satu kenyataan di sini hari ini. – Bernama