30 pelajar diraikan dalam majlis khatam

30 pelajar diraikan dalam majlis khatam

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Lebih 30 orang pelajar Darjah 6 Sekolah Ugama Datu Mahawangsa Lambak telah diraikan dalam majlis khatam Al-Quran yang berlangsung di Dewan Bunga Simpur, sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Unit Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam, Haji Sufri bin Amit @ Osman.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat dan seterusnya bacaan surah-surah khatam oleh para peserta khatam.

Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Takhtim dan Dikir Marhaban daripada pelajar Darjah 4 dan 5, dengan Doa Khatam dibacakan oleh Awang Mohd Amin Rifaie bin Mohd Suhaimin.

Haji Sufri bersama tetamu yang lain hadir memeriahkan majlis khatam Al-Quran sekolah berkenaan.
Haji Sufri bersama tetamu yang lain hadir memeriahkan majlis khatam Al-Quran sekolah berkenaan.
Para peserta dari Sekolah Ugama Datu Mahawangsa Lambak yang menyertai majlis khatam Al-Quran.
Para peserta dari Sekolah Ugama Datu Mahawangsa Lambak yang menyertai majlis khatam Al-Quran.

Acara itu kemudian diserikan dengan acara renjisan minyak wangi serta penyampaian sijil kepada para peserta khatam yang disempurnakan oleh tetamu kehormat.

Majlis penuh berkat itu adalah bertujuan untuk menggalakkan para peserta agar sentiasa mengamalkan untuk membaca dan menghayati Al-Quran dalam kehidupan seharian.

ARTIKEL YANG SAMA