30 pelajar UNISSA menerima lantikan

30 pelajar UNISSA menerima lantikan

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Sept – Seramai 30 pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah dilantik menjadi ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISSA dan Exco sesi 2015/2016 dan menerima sijil lantikan masing-masing di majlis yang diselajurkan dengan majlis penghargaan bagi MPP sesi 2014/2015, kelmarin.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis yang dikendalikan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama MPP UNISSA itu ialah Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.

Menurut kenyataan UNISSA, bagi sesi pengajian tahun ini, Haji Muhammad Nur Alif bin Haji Talib yang merupakan pelajar Tahun 2 Fakulti Bahasa Arab & Tamadun Islam telah dipilih untuk memegang jawatan Yang Di-Pertua Pelajar.

Majlis juga diselajurkan dengan penyerahan sijil penghargaan kepada ahli-ahli MPP UNISSA sesi 2014/2015M.

Gambar ramai para pelajar yang dilantik bersama para kakitangan UNISSA.
Gambar ramai para pelajar yang dilantik bersama para kakitangan UNISSA.
Salah seorang pelajar yang menerima lantikannya baru-baru ini.
Salah seorang pelajar yang menerima lantikannya baru-baru ini.

ARTIKEL YANG SAMA