30 pelanggan Boustead Sdn Bhd sudah dipilih

30 pelanggan Boustead Sdn Bhd sudah dipilih

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Ogos – Seramai 30 pelanggan bertuah hari ini telah terpilih, sekali gus membuka peluang kepada mereka untuk memenangi tiga hadiah utama Promosi ‘Holiday Paradise in Disneyland’ berupa tiket penerbangan serta penginapan ke Disneyland Florida, Orlando.

Majlis cabutan bertuah berlangsung di bilik Pameran Boustead Sdn Bhd, Beribi, petang tadi dan hadir untuk melakukan cabutan itu ialah Pengurus Besar, BIBD At-Tamwil, Awang Irwan Lamit; Pengurus Jualan Kanan Baiduri Finance Berhad, Haji Mahlil bin Haji Mat Salleh dan Pengurus Jualan Baiduri Finance Berhad, Haji Ali bin Metussin.

Pemenang-pemenang cabutan bertuah itu juga diberi peluang membawa pasangan mereka untuk meraikan hadiah utama tersebut. Majlis Cabutan Hadiah Utama Promosi ‘Holiday Paradise in Disneyland’ akan diadakan pada 16 Ogos ini di tempat yang sama pada jam 2 petang yang diselajurkan dengan majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk pelanggan-pelanggan Boustead. Nama-nama 30 pemenang yang terpilih itu boleh diketahui dengan melayari laman Facebook Nissan Brunei dan Instagram nissan_brunei.

Hj Ali semasa mencabut nama-nama pelanggan di kotak undian.
Hj Ali semasa mencabut nama-nama pelanggan di kotak undian.
Haji Mahlil semasa mencabut nama-nama pelanggan.
Haji Mahlil semasa mencabut nama-nama pelanggan.
Awang Irwan Lamit semasa melakukan cabutan bagi memilih 30 pemenang.
Awang Irwan Lamit semasa melakukan cabutan bagi memilih 30 pemenang.

ARTIKEL YANG SAMA