30 rehal diwakafkan di Masjid Bengkurong

30 rehal diwakafkan di Masjid Bengkurong

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jun – Kementerian Pembangunan, petang tadi, telah meneruskan lagi Majlis Tadarus Al-Quran di Masjid Kampung Bengkurong yang diselajurkan dengan majlis Tahlil, penyampaian wakaf dan berbuka puasa.

Mengetuai rombongan ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Bahrin bin Abdullah.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Paduka Haji Suhaimi bin Haji Gafar; Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah; Setiausaha Tetap (Profesional dan Teknikal), Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny; Timbalan Setiausaha Tetap, Haji Marzuke bin Haji Mohsin serta ketua-ketua jabatan, pegawai dan kakitangan di kementerian berkenaan.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan penyerahan wakaf berupa 30 rehal bagi keperluan masjid berkenaan, yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Paduka Haji Bahrin kepada Ketua Imam masjid berkenaan, Haji Nasrul Hazimin bin Haji Sapar.

Yang Berhormat Dato Paduka Haji Bahrin semasa memulakan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran pada majlis tersebut.
Yang Berhormat Dato Paduka Haji Bahrin semasa memulakan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran pada majlis tersebut.
Yang Berhormat Dato Paduka Haji Bahrin semasa menyampaikan wakaf.
Yang Berhormat Dato Paduka Haji Bahrin semasa menyampaikan wakaf.

Majlis diteruskan lagi dengan Tadarus Al-Quran yang dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan dikepalai oleh imam masjid serta disusuli dengan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang dimulakan oleh Yang Berhormat Dato Paduka Haji Bahrin.

Majlis itu disusuli dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah, diikuti dengan berbuka puasa dan menunaikan Solat fardu Maghrib berjemaah.

Majlis Khatam Al-Quran bagi Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya akan diadakan pada 25 Jun ini di Masjid Duli Pengiran Muda Makhota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Kampung Tamoi.

ARTIKEL YANG SAMA