30 sen masih mahal

30 sen masih mahal

PERKHIDMATAN semakan dan carian 113 TelBru sangat dialu-alukan dan sangat membantu lebih-lebih lagi jika kita memerlukan sesuatu nombor itu dengan segera tanpa perlu menyemak buku direktori pelanggan.

Bagaimanapun, caj yang dikenakan bagi khidmat carian tersebut sebanyak 30 sen bagi satu panggilan, adalah terlalu mahal dan agak membebankan orang ramai.

Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar pihak TelBru mempertimbangkan untuk mengkaji semula kadar caj tersebut yang saya kira kadar yang sesuai ialah antara 15 sen kepada 20 sen bagi satu panggilan. – Pelanggan TelBru, Bandar Seri Begawan

ARTIKEL YANG SAMA